CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5320|Reply: 4

[Tempatan] Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga Terengganu.Anda nak pindah?

[Copy link]
Post time 18-10-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dalam laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia, Sabah mencatatkan indeks jenayah paling rendah dengan skor 95, menjadikannya negeri yang paling selamat di negara ini pada tahun 2023.



Kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan dengan indeks jenayah 96, manakala Terengganu berada di tangga ketiga dengan skor 100.

Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, tahap jenayah di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 3.2% tahun lalu, dengan indeks jenayah keseluruhan yang melibatkan kes serangan dan jenayah harta benda naik kepada 52,444 kes berbanding 50,813 kes

Ini bermakna kadar jenayah bagi setiap 100,000 penduduk turut meningkat kepada 149 berbanding 146 pada tahun 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, terdapat lima negeri yang mencatatkan kadar jenayah lebih tinggi daripada purata nasional.

Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi dengan kadar 221, diikuti oleh Selangor dengan 196, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing dengan 193, serta Negeri Sembilan dengan kadar 159.

Sebaliknya, Sabah mencatatkan kadar jenayah paling rendah di negara ini dengan 95, diikuti oleh Kelantan (96) dan Terengganu (100).

Ini menunjukkan negeri-negeri tersebut paling selamat berbanding yang lain dalam aspek jenayah keseluruhan.

Untuk rekod, pada pertengahan tahun ini Malaysia berada pada kedudukan ke-10 sebagai negara paling selamat di dunia secara keseluruhan dalam Kedudukan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024.

Laporan yang diterbitkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia ini turut mengangkat Malaysia sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik, di belakang New Zealand dan Singapura.

Pencapaian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor global yang menyaksikan kemerosotan tahap keamanan di 97 negara akibat konflik di Gaza dan Ukraine.

Konflik ini juga menyumbang kepada peningkatan pelarian, yang seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi global dan meningkatkan tahap keganasan kepada 19.1 trilion pada tahun 2023.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 12:28 AM | Show all posts
kalau nak pergi luar negara..nk pindah finland or new zealand..kat negaro arab pilihan mekah atau gaza..malaysia ni..paling suka terengganu hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 12:34 AM | Show all posts

Sabah selamat? bukan ke banyak lanun di sana?

kelantan vs trengganu <---------------------------- aii  pilih Trengganu. Bersih la juga. aman damai + barangan tak mahal rumah tak mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia x perlu berparang berpistol merompak, minta sedekah kat mekdi pasar malam kedai makan pintu bank boleh dapat beribu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 02:08 AM | Show all posts
sejak set kelatam layan ketum dan menjauhi kuda, index jenayah di kelatam semakin menurum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034300 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list