CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1519|Reply: 0

[Selangor] Ikat, pukul lelaki di Taman Pelangi Semenyih, lima ‘rider’ didakwa membunuh

[Copy link]
Post time 27-2-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Lima tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.- Foto AMIR KHALID

KAJANG – Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dalam kejadian tular pukul dan ikat seorang lelaki di Taman Pelangi Semenyih minggu lalu.

Mereka ialah Mohd. Yuree Ranoff Mohd. Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd. Azan 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya terhadap kesemua te di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama telah membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pukul 9.54 malam pada 20 Februari lalu yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman manakala kelima-lima tertuduh diwakili Mohammad Hafiz.

Tiada ikat jamin diberikan terhadap kelima-lima tertuduh. Mahkamah kemudian menetapkan 25 April ini bagi sebutan laporan forensik, bedah siasat dan laporan kimia.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan, polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan pada pukul 9.20 malam, sebelum anggota trafik di kejarkan ke situ dan menjumpai sebuah kereta Proton Saga dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.

Setibanya di lokasi kejadian, seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring atas jalan dan terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Susulan itu, pihak polis menahan lima lelaki berusia 22 hingga 52 tahun bagi membantu siasatan pada 21 Februari lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata mangsa berusia 42 tahun itu juga didapati memiliki 10 rekod dadah dan dikehendaki berkaitan bahan terlarang berkenaan.

Pihaknya turut menahan dua lagi lelaki masing-masing berusia 22 dan 39 tahun di Kajang pada 22 Februari lalu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Mengulas lanjut, Hussein berkata motif kejadian masih disiasat selepas bedah siasat mendapati tiada kecederaan ketara pada mangsa yang menyebabkan kematian.– KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... n-didakwa-membunuh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 3.081057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list