View: 1570|Reply: 0
|
Inter Milan selesa cengkam Serie A
[Copy link]
|
|
MARTINEZ meledak dua gol ketika Inter menewaskan Lecce untuk membolehkan mereka terus selesa menguasai Serie A. - AFP
LECCE – Inter Milan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam pemburuan gelaran Serie A ke-20 selepas mencatat kemenangan ke-21 daripada 25 perlawanan musim ini untuk mengumpul 66 mata setakat ini.
Awal pagi semalam menyaksikan mereka mencatat kemenangan 4-0 menewaskan Lecce untuk meraih kelebihan sembilan mata berbanding pencabar utama, Juventus biarpun mereka masih kekurangan satu perlawanan.
Perlawanan itu menyaksikan Lautaro Martinez meledak dua gol sambil dua lagi jaringan berjaya disumbangkan oleh Davide Frattesi dan Stefen De Vrij biarpun mereka turun tanpa skuad lengkap ekoran masalah kecederaan beberapa pemain.
“Kami perlu kekal fokus walaupun kami sedang tidur dan para pemain menyedari mengenai perkara itu. Kami masih adalah dua bulan yang sangat getir untuk diharungi selepas ini.
“Kami perlu sentiasa memulihkan kekuatan dengan cara yang baik, elak daripada kecederaan yang boleh mengganggu perancangan. Seperti hari ini, kami hilang enam pemain dan itu tidak mudah,” kata pengendali Inter, Simone Inzaghi.
Selepas mengharungi aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara dengan meraih kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, Inzaghi membuat keputusan merehatkan dua pemain tengahnya, Hakan Calhanoglu dan Nicolo Barella.
Bagaimanapun, keputusan itu seakan tidak memberikan sebarang impak apabila Martinez berjaya membuktikan ketajamannya dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 sebelum tiga lagi gol Inter terhasil pada babak kedua.
Dua gol Martinez itu menyaksikan dia berjaya mengatasi pencapaian terbaiknya dalam saingan Serie A sebelum ini apabila sudah meledak 22 gol berbanding jaringan terbanyak berjaya dilakukan dengan 21 gol sebelum ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... sa-cengkam-serie-a/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|