View: 2056|Reply: 0
|
Klopp 'pening' menjelang aksi kelima Piala FA
[Copy link]
|
|
JURGEN Klopp. FOTO Agensi
London: Jurgen Klopp mengharapkan beberapa pemain utama mampu segera pulih menjelang aksi pusingan kelima Piala FA menentang Southampton di Anfield Khamis ini.
Jelas Klopp, siri kecederaan dihadapi skuad The Reds cukup membimbangkan biarpun baharu sahaja menjuarai Piala Liga selepas menewaskan Chelsea, Ahad lalu.
Antara pemain terbaharu memasuki senarai kecederaan ialah Ryan Gravenberch yang dialaminya ketika menentang Chelsea.
"Saya harap tiada kecederaan serius, tapi ia tampak seperti kecederaan di bahagian buku lali," katanya.
Dalam aksi final Piala Liga hujung minggu lalu, Klopp menurunkan ramai pemain muda susulan krisis kecederaan yang menyaksikan James McConnell dan Bobby Clark berusia 19 tahun; Jayden Danns, 18 tahun dan Jarrel Quansah 21 tahun diberi peluang beraksi.
Sumbangan keempat-empat tonggak muda itu nyata bermakna dan Liverpool berjaya meledak gol tunggal perlawanan menerusi tandukan Virgil van Dijk pada minit ke-118 untuk menewaskan Chelsea 1-0.
Liverpool yang kini mendahului carta Liga Perdana Inggeris kehilangan sebilangan besar tonggak utama dalam perlawanan akhir Piala Liga itu.
Antaranya Diogo Jota, Trent Alexander-Arnold, penjaga gol Alisson dan Curtis Jones, penyerang Mohamed Salah dan Darwin Nunez serta pemain tengah Dominik Szoboszlai.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ksi-kelima-piala-fa |
|
|
|
|
|
|
| |
|