CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2723|Reply: 0

[Selangor] Nadma, MetMalaysia laksana pembenihan awan, stabilkan dua empangan paras kritikal

[Copy link]
Post time 28-2-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan anggota TUDM melakukan persiapan selepas membawa masuk tangki khas berisi larutan garam ke dalam pesawat Hercules C-130 bagi menjalankan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Pangkalan TUDM Subang hari ini. FOTO Bernama

Subang Jaya: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi menstabilkan paras dua empangan di utara Semenanjung Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Nadma, Meor Ismail Meor Akim berkata, dua empangan yang menjadi sasaran pada operasi itu ialah Empangan Air Hitam di Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah di Perak.

"Ini hari kedua OPA ini dijalankan, tujuannya untuk pembenihan awan dan menjadikan hujan. Menjadi cabaran buat kita ialah (memastikan) hujan itu menjadi, tetapi tiupan angin yang membuatkan awan tersasar daripada sasaran kita, jadi kita harap operasi ini akan berjaya," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Tentera Udara di sini, hari ini.

Operasi pembenihan awan pada hari ini, diketuai oleh juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mej Khairil Azhar Ariffin bersama lapan anggota TUDM, selain masing-masing 15 petugas Nadma dan MetMalaysia.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Atmosfera dan Pembenihan Awan MetMalaysia, Dr Ahmad Fairudz Jamaluddin berkata, untuk OPA, pihaknya menggunakan empat tangki yang diisi 1,000 liter larutan air garam, dan penerbangan operasi akan bermula pada 2.30 petang ini.

"Kita menjangkakan pada waktu itu, (2.30 petang) akan ada awan terbentuk serba sedikit di utara Semenanjung, selain kita kena pastikan awan itu ada dan kelembapan atmosfera yang sesuai untuk membentuk awan yang terbaik," katanya.

Ahmad Fairudz berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan paras empangan di negara ini dalam keadaan stabil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dua-empangan-paras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061327 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list