CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3717|Reply: 0

[Kedah] Sesi persekolahan seperti biasa walaupun ada lokasi panas melampau

[Copy link]
Post time 3-3-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Sesi persekolahan seperti biasa walaupun ada lokasi panas melampau


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mac 3, 2024 @ 3:13pm bhnews@bh.com.my




Sesi persekolahan yang dijadual bermula 10 dan 11 Mac ini akan berjalan seperti biasa, meskipun beberapa negeri berdepan keadaan cuaca panas hingga ke tahap berjaga-jaga. - Foto hiasan NSTP




SUNGAI PETANI: Sesi persekolahan yang dijadual bermula 10 dan 11 Mac ini akan berjalan seperti biasa, meskipun beberapa negeri berdepan keadaan cuaca panas hingga ke tahap berjaga-jaga.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata jadual operasi sekolah bagi sesi petang pada bulan Ramadan akan ditamatkan lebih awal iaitu 5.30 petang, manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tamat jam 5 petang.

Katanya, langkah itu bagi memberi ruang kepada murid dan guru untuk pulang lebih awal dan dapat berbuka puasa dalam keadaan selesa.

"Sekolah sesi pagi pula akan beroperasi seperti biasa, saya fikir penting untuk kita beringat di hari semasa pembukaan sekolah dan Ramadan ini, ibu bapa perlu memastikan anak minum air secukupnya pada waktu sahur dan berbuka.

"Kantin tidak boleh tutup, bagi anak yang tidak berpuasa dan anak yang bukan Islam, kantin beroperasi seperti biasa, jadi kita harap semangat kembali bersekolah dan sambut Ramadan, kita dapat buat persiapan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Poi Chee di sini, hari ini.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Poi Chee di sini - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata pihaknya sentiasa merujuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa bagi menentukan pakaian dan aktiviti yang bersesuaian ketika cuaca panas.

Katanya, pada masa ini pihaknya masih mengekalkan garis panduan cuaca panas yang diguna pakai sebelum ini mengikut kesesuaian semasa.

"Semua pihak kena ambil maklum keadaan cuaca ketika ini dan bagi pembukaan sekolah dan Ramadan akan datang, kita akan patuhi surat peringatan yang ada sebelum ini.

"Jabatan Pendidikan Negeri telah adakan libat urus khususnya dengan pengetua dan guru besar untuk memperingatkan tentang pekeliling khusus termasuk konteks aktiviti dan juga keperluan pakaian mengikut cuaca.

"Apa pun panduan utama kita adalah MetMalaysia, jadi kita akan patuhi arahan agensi berkenaan dari semasa ke semasa," katanya.

Kelmarin, MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan kawasan Pokok Sena, Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba, iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Suhu panas tahap berjaga-jaga turut direkod di 21 kawasan iaitu seluruh Perlis; Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang serta Baling di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut di Pulau Pinang.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058494 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list