CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 0

Mbappe saman kedai jual kebab 'sebulat tengkorak Mbappe'

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

MENU kebab yang menggunakan nama Mbappe dimuat naik pempengaruh media sosial, Mohamed Henni. FOTO INSTAGRAM

Paris: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dilaporkan menyaman seorang pemilik kedai kebab kerana menggunakan namanya dalam salah satu hidangan.

Kedai milik pempengaruh, Mohamed Henni, menjual kebab yang digambarkan sebagai 'dibuat dengan roti bulat, sebulat tengkorak Mbappe'.

Henni, yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram, memuat naik tangkap layar surat yang diterimanya daripada agensi Mbappe.

Surat berkenaan dihantar oleh peguam Mbappe, Delphine Verheyden mewakili firma yang menguruskan hak komersial pemain berkenaan, KMA.



Henni diarah mengeluarkan nama Mbappe daripada menu itu dalam tempoh lapan hari atau akan diheret ke mahkamah.

"Tak malukah? Tiada apa untuk dilakukan? Menyaman saya untuk perkara kecil begini. Sukar dipercayai.

"Saya terkejut pemain sehebat ini mempunyai masa untuk berfikir tentang saya. Dia menggunakan masa dan wangnya untuk menyerang saya. Saya tidak menyakiti sesiapa," kata Henni.

Bekas pemain Perancis, Dimitri Payet turut mempunyai hidangan sempena namanya, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-tengkorak-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.071944 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list