View: 5235|Reply: 0
|
Bakat edar 15,000 beg Hari Raya untuk tentera bertugas pada Aidilfitri
[Copy link]
|
|
MOHD Nizam (dua kiri) dan Ramlah (dua kanan) melakukan gimik pelancaran pembungkusan barangan untuk anggota tentera bertugas di Aidilfiti. FOTO Amirudin Sahib.
Kuala Lumpur: Sebanyak 15,000 beg Hari Raya akan diagihkan kepada anggota tentera di seluruh negara yang bertugas di perbatasan pada Aidilfitri nanti.
Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Puan Sri Ramlah Dawi berkata, ia menjadi acara tahunan Bakat bersama Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) sejak lebih 30 tahun lalu.
"Ia adalah selari dan bertepatan dengan objektif penubuhan Bakat iaitu memberi khidmat kebajikan kepada keluarga angkatan tentera tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat suami," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Majlis Pembungkusan Barangan Hari Raya Aidilfitri bersama Jemaah Tertinggi Bakat ATM 2024 di Kem Kementah, di sini, hari ini.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Biro Bakat Markas ATM, Datin Noor Natasya Mohd Mustapa.
Ramlah berkata, beg Hari Raya itu bagi menghargai pengorbanan dan khidmat bakti setiap perwira dan perajurit ATM yang bertugas demi memastikan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat negara ini terus terpelihara.
"Di samping itu, ia juga sebagai sokongan moral dan semangat kepada mereka yang menyambut lebaran tahun ini tanpa keluarga di sisi tatkala rakan lain dapat meraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran," katanya.
Menurutnya, pelbagai sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan seperti produk makanan kering serta barang keperluan lain diterima oleh ATM melalui sumbangan syarikat, badan korporat serta perseorangan.
"Hasil sumbangan itu dijadikan sebagai bungkusan beg Hari Raya yang akan diedarkan kepada perwira dan perajurit ATM yang bertugas di perbatasan semasa sambutan Aidilfitri ini.
"Diharap pemberian ini dapat membantu menghilangkan kerinduan kepada mereka yang bertugas nanti terhadap ahli keluarga masing-masing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gas-pada-aidilfitri |
|
|
|
|
|
|
| |
|