View: 8431|Reply: 0
|
Bayern gigit jari, Leverkusen makin hampir lakar sejarah
[Copy link]
|
|
PEMAIN Bayern Munich kecewa tewas sekaligus gagal pertahan mahkota Bundesliga musim ini. FOTO Agensi
Munich: Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel mengakui persaingan kejuaraan Bundesliga sudah berakhir selepas kekalahan 2-0 kepada Borussia Dortmund sekaligus menyaksikan Bayer Leverkusen gah di puncak liga dengan kelebihan 13 mata ketika hanya berbaki tujuh aksi.
"Tahniah kepada Leverkusen," kata Tuchel kepada pihak media selepas perlawanan itu.
Ditanya sama ada perlumbaan kejuaraan sudah berakhir, Tuchel menjawab,"Sudah tentu, sudah jelas bahawa Leverkusen kendalian Xabi Alonso akan memenangi mahkota Bundesliga buat pertama kalinya," katanya.
Leverkusen sebelum itu bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Hoffenheim 2-1 di halaman sendiri, dengan kedua-dua gol itu diraih pada hujung permainan.
"Selepas perlawanan ini dengan kekalahan, tiada apa yang mampu saya katakan lagi," kata Tuchel yang bakal meninggalkan Bayern sebaik musim ini berakhir.
Berdasarkan situasi semasa, Leverkusen yang hanya keciciran lapan mata sepanjang musim ini cuma memerlukan lapan mata dalam baki tujuh aksi perlawanan sekaligus muncul juara liga buat pertama kali dalam sejarah kelab itu.
Dalam perkembangan sama Tuchel akui sedikit kecewa dengan mutu pengadilan terutama insiden pada babak pertama yang menyaksikan bola terkena tangan pemain lawan dalam kotak penalti.
"Ia keputusan yang salah, sepatutnya sepakan penalti diberikan kepada kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ampir-lakar-sejarah |
|
|
|
|
|
|
| |
|