View: 3767|Reply: 0
|
Chelsea 'bunuh' diri sendiri - Palmer
[Copy link]
|
|
Pemain Chelsea, Cole Palmer (kanan) menjaringkan gol kedua menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS
LONDON: Chelsea umpama menembak diri sendiri beberapa kali sepanjang musim ini dan tidak cukup bagus ketika bertahan apabila seri 2-2 dengan Burnley yang bermain dengan 10 pemain pada aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi, kata penyerangnya Cole Palmer.
Dua gol Palmer dipadamkan oleh jaringan Josh Cullen dan Dara O'Shea ketika Chelsea keciciran mata sekalipun mempunyai kelebihan seorang pemain ke atas Burnley yang diancam penyingkiran untuk kekal di tangga ke-11 liga.
Ia perlawanan kelima berturut-turut Chelsea melepaskan dua gol.
"Bilik persalinan amat teruk ketika ini," kata Palmer kepada Sky Sports malam tadi.
"Apabila mereka kurang seorang pemain, kami mendahului 1-0 dan hanya kelihatan terlalu selesa. Cerita sama, kami membunuh diri sendiri setiap minggu. Kami perlu meningkat sebagai pemain.
"Kami mencipta banyak peluang dan kemudian kami bertahan dengan teruk. Ia amat mengecewakan. Secara peribadi bagus kerana menjaringkan dua gol, tetapi jika anda tidak mendapat tiga mata ia tidak bermakna.
"Saya fikir tahap konsisten kami di segenap penjuru padang, kekal bersaing dan tidak menutup suis seperti yang kami lakukan hari ini.
"Ia terlalu teruk, ia tidak boleh terjadi. Terutamanya apabila mereka beraksi dengan 10 pemain."
Chelsea akan melayan kunjungan pasukan tangga keenam Manchester United pada aksi liga awal pagi Jumaat ini. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... diri-sendiri-palmer |
|
|
|
|
|
|
| |
|