View: 3569|Reply: 0
|
Arteta puji pemain simpanan
[Copy link]
|
|
ODEGAARD meraikan jaringan pertama Arsenal bersama Rowe. FOTO Reuters
London: Mikel Arteta memuji sumbangan pemain yang jarang diturunkan selepas mereka melonjakkan kembali Arsenal ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-0 ke atas Luton Town awal pagi tadi.
Penyerang Reiss Nelson tampil kali pertama dalam barisan kesebelasan untuk saingan liga musim ini manakala Emile Smith Rowe beraksi kali ketiga dan pemain tengah Thomas Partey tersenarai kali pertama sejak Ogos.
Dengan Declan Rice, Jorginho dan Gabriel Jesus memanaskan bangku simpanan dan Bukayo Saka tidak bersama skuad, Arsenal menunjukkan mereka mempunyai kekuatan keseluruhan berbanding musim lalu apabila impian gelaran liga musnah pada saat akhir.
Smith Rowe terutamanya menyerlah apabila terbabit dengan kedua-dua gol manakala Partey pantas membuka ruang.
"Saya melihat pemain dan skuad dengan cara berbeza. Gembira melihat mereka cergas. Jika kita mahu menggunakan sepenuhnya skuad dan memaksimumkan apa yang dimiliki, mereka perlu beraksi," kata Arteta kepada wartawan. "Saya fikir mereka melakukannya dengan cemerlang.
"Kami menang sekali lagi dengan keyakinan tinggi dan ia sangat penting kepada kami."
Ia perjudian berani Arteta yang melakukan lima pertukaran daipada skuad yang seri 0-0 dengan juara bertahan Manchester City Ahad lalu walaupun Rice and Gabriel Martinelli masuk sebagai pemain gantian pada saat akhir.
"Ketika mereka mempunyai peluang beraksi, mereka perlu menyambarnya dan mereka menyempurnakannya dengan baik sekali hari ini," kata Arteta mengenai skuadnya.
Arsenal akan menyerahkan tampuk liga kepada Liverpool jika skuad kendalian Juergen Klopp dapat menewaskan Sheffield United di Anfield awal pagi esok.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uji-pemain-simpanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|