View: 5589|Reply: 0
|
Ten Hag minta pemilik jangan ganggu proses
[Copy link]
|
|
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag minta pemilik tidak mengganggu proses pembinaan pasukan dengan memecatnya. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Erik ten Hag meminta Jim Ratcliffe bersabar dengan kerja sedang dilakukannya di Manchester United dan cuba untuk menahan diri daripada mengganggu proses berkenaan.
Kedudukan Ten Hag sebagai pengendali akan terancam jika United gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi pengendali dari Belanda itu berjanji dia akan berjuang habis-habis menjelang pertemuan dengan Chelsea di Stamford Bridge malam ini.
Mauricio Pochettino adalah pengendali tetap ketiga Chelsea sejak Todd Boehly menjadi pengerusi kelab hampir dua tahun lalu, dan pemilik baharu itu turut menandantangani ramai pemain yang menelan belanja berbilion ringgit.
Ditanya jika situasi di Chelsea adalah amaran kepada Ratcliffe dan pemilik bersama baharu United, Ineos, Ten Hag berkata: "Saya rasa anda perlu mengikut proses. Kami mempunyai ramai pemain muda yang bagus. Mereka sedang berkembang dengan baik.
"Kami di landasan yang betul, menuju ke arah yang tepat dan perlu mengambil langkah seterusnya. Jangan ganggu proses ini."
United perlu mengejar Tottenham dan Aston Villa dalam persaingan merebut tempat keempat Liga Perdana Inggeris selepas tercicir mata di Brentford hujung minggu lalu.
Ten Hag belum berputus asa untuk misi Eropah itu tetapi mengakui senarai kecederaan membantutkan usaha mereka musim ini.
"Saya mempunyai standard tinggi dan pasti akan kecewa jika kami tidak layak. Saya sedar ia sangat sukar kerana kedudukan kami tidak bagus.
"Tetapi kami mahu menang setiap perlawanan, itu standard yang ada dalam diri kami semua. Kami akan terus berjuang hingga ke akhir," katanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... angan-ganggu-proses |
|
|
|
|
|
|
| |
|