View: 5591|Reply: 0
|
Misi Salah cetus tanda tanya
[Copy link]
|
|
Mohamed Salah mencetus persoalan dalam kalangan peminat Liverpool apabila turun di padang latihan dengan memakai tuksedo. - Foto AGENSI
LIVERPOOL: Mohamed Salah mencetus persoalan dalam kalangan peminat Liverpool apabila turun di padang latihan dengan memakai tuksedo.
Liverpool memuat naik gambar Salah tiba di Pusat Latihan AXA di Kirkby pada Rabu dengan senyuman lebar di wajahnya dan memakai tuksedo.
"Mo adalah seorang lelaki yang mempunyai misi hari ini," kata Liverpool dalam keterangan gambar berkenaan.
Kelab tidak mendedahkan sebab sebenar Salah memilih untuk memakai tuksedo, tetapi peminat mula membuat spekulasi sendiri.
Salah seorang peminat berjenaka dengan mengatakan Salah mungkin sedang menghadiri temu duga untuk menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengendali.
Salah, 31, masih berbisa di atas padang dan sudah meledak 22 gol dalam 33 penampilan musim ini serta sedang berusaha memburu treble untuk Liverpool.
Dia akan memasuki tahun terakhir dalam kontraknya pada musim panas nanti, dan sebahagian peminat merasakan Salah berpakaian begitu untuk menandatangani kontrak baharu.
Ada juga yang beranggapan Salah sedang bersiap untuk dimahkotakan sebagai pemenang Ballon d'Or, selepas dua kali berada di tempat kelima untuk anugerah berkenaan pada tahun 2019 dan 2022. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-cetus-tanda-tanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|