View: 8445|Reply: 0
|
Indonesia pintas Harimau Malaya dalam ranking dunia
[Copy link]
|
|
Ranking Harimau Malaya jatuh enam tangga ke kedudukan 138 dunia.
KUALA LUMPUR: Seteru tradisi rantau ASEAN, Indonesia akhirnya berjaya memintas Malaysia dalam kedudukan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas enam tahun.
Ini selepas berdasarkan kemaskini terbaharu ranking FIFA yang dikeluarkan badan induk itu, hari ini menyaksikan Indonesia melonjak ke tangga ke-134 dunia sementara Malaysia jatuh enam tangga untuk menghuni kedudukan ke-138.
Malaysia terpaksa akur hilang 14.53 mata dan kehilangan mata yang agak besar itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon kini menghimpun 1094.54 mata bagi kemaskini terbaharu.
Kejatuhan ini bagaimanapun sudah dijangka susulan prestasi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya terutama selepas tewas dua aksi berturut-turut di tangan Oman pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan lalu.
Sebagai rekod, kali terakhir Indonesia berada pada ranking lebih baik berbanding skuad Harimau Malaya adalah pada 2018 yang menyaksikan ketika ini Indonesia berada pada ranking ke-159 sementara Malaysia berada di tangga ke-167.
Lonjakan yag dinikmati skuad 'Garuda itu adalah hasil aksi cemerlang diperagakan anak buah Shin Tae Yong pada pusingan kelayakan khususnya menerusi dua kemenangan berturut-turut ke atas Vietnam yang berada pada ranking lebih baik berbanding mereka.
Indonesia berjaya melonjak lapan anak mata daripada kedudukan ke-142 dunia dan mengutip 30.04 mata untuk menghimpun mata keseluruhan 1102.7 mata.
Bagi negara ASEAN yang lain, Thailand kekal di tangga ke-101 dunia meskipun berjaya menambah 2.02 mata sementara Vietnam menjunam 10 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-105 dunia.
Juara Piala Dunia, Argentina kekal di tangga pertama ranking dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... dalam-ranking-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|