CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7270|Reply: 1

[Selangor] ‘Kantoi’ pandu MPV klon, nombor plat palsu

[Copy link]
Post time 8-4-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Anggota JPJ Selangor memeriksa kenderaan yang disita itu.

SHAH ALAM – Tindakan seorang peniaga memandu kenderaan disyaki klon dengan nombor plat palsu mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa di Kilometer 15.1 Lebuh Raya Persekutuan menghala Shah Alam di sini, petang semalam.

Selain itu, lelaki berusia 33 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis berkenaan didapati tiada lesen memandu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya yang melakukan rondaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) di kawasan berkenaan pukul 6.30 petang.

“Semakan menerusi peranti penguatkuasaan pengurusan pintar (SmED) mendapati kenderaan itu menggunakan nombor plat palsu yang nombor asalnya didaftarkan bagi kereta Proton Saga dan disyaki klon.

“Pemeriksaan mendapati Grandis itu turut tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans manakala pemandunya tiada lesen memandu,” katanya hari ini.

Tambah Azrin, kenderaan itu kemudian disita ke JPJ Padang Jawa bagi tindakan lanjut dan pemandu berkenaan dikenakan tindakan tegas atas semua kesalahan tersebut. -KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -nombor-plat-palsu/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 11:35 AM | Show all posts
teringat bbrpa tahun lps..
ada satu keluarga ni terpaksa angkut brg keluar kereta kat rnr dlm bulan puasa jgk kalau x silap 9atau mood beraya gtuh).

kereta jenis mpv gak, nombor pendaftaran sama tp warna je lain. isteri owner ke cane ntah tnmpk kereta klon,... aduh kesian + malu. x tau ape kesudahannya slps kereta tu kena sita, berita pun x update. mesti hilang mood raya. kencang gak porumer duk bgosip psl ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.203857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list