CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10134|Reply: 0

[Selangor] Bapa rasakan kejanggalan anak, menantu sebelum mereka meninggal dunia dalam nahas

[Copy link]
Post time 8-4-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Mat Zainal menunjukkan gambar anak serta menantunya dan dua anak mereka. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

Gerik: Bapa kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia dalam nahas di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, semalam, sedar kelakuan janggal anak dan menantunya itu sebelum mereka serta dua anak bergerak pulang ke kampung menuju Kuala Terengganu, Terengganu.

Mat Zainal Nordin, 66, berkata, menantunya, Kamizan Kasimon, 42, sempat bermaafan, berpelukan serta bersalaman erat dengannya di kediaman mereka di Padang Rengas sebelum berangkat menuju kampung menantunya itu.

Manakala anak sulungnya yang juga isteri Kamizan, Noor Asmah, 38, berkelakuan seperti ingin menyendiri biarpun seorang yang peramah.

Mat Zainal berkata, dia tinggal berdekatan kediaman keluarga anaknya itu di Kampung Laneh, Paya Lintah di Padang Rengas, Kuala Kangsar sejak empat bulan lalu selepas menamatkan perkhidmatan dengan sebuah agensi kerajaan pada Jun tahun lalu.


"Salam dia (Kamizan) lain macam hingga tergerak juga hati ini, tapi saya abaikan perasaan itu. Ketika bersalaman, Kamizan pegang kuat, picit tangan saya dengan cengkaman agak luar biasa walaupun dia tidak pernah buat begitu sebelum ini.

"Kak Mah (Noor Asmah) yang peramah pula dilihat seperti ingin menyendiri dan kurang mahu bersembang dengan saya termasuk semasa mahu pulang ke Terengganu.

"Kelakuan mereka berdua memang lain dan apabila sudah jadi macam ini (meninggal dunia akibat nahas), barulah terjawab, apa Tuhan hendak tunjuk," katanya ditemui media di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini, hari ini.

Pada nahas jam 12.23 tengah hari berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa JRTB, Kamizan dan Noor Asmah meninggal dunia di lokasi manakala dua anak mereka parah.

Kedua-dua kanak-kanak itu masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Katanya lagi, anak sulung Kamizan dan Noor Asmah ditidurkan sebaik selesai menjalani pembedahan pagi tadi, susulan mengalami pendarahan otak akibat tempurung kepala pecah manakala si bongsu hanya mengalami pendarahan tanpa perlu dibedah.

"Untuk hal urusan penjagaan anak-anak arwah ini nanti, perkara itu akan kami bincangkan dahulu dengan keluarga sebelah lelaki (Kamizan). Saya akan beritahu bila mereka (cucu) sudah sedar," katanya.

Kata Mat Zainal, Kamizan sekeluarga sepatutnya pulang dari Terengganu pada Jumaat selepas Aidilfitri ini untuk menghadiri majlis pernikahan adik lelaki kepada Noor Asmah di Teluk Intan, bahkan sebelum berangkat ke Terengganu, Noor Asmah sempat menyiapkan gubahan wang hantaran adik lelakinya itu.

"Sebelum mereka bergerak, saya juga sempat berpesan supaya ayah (kandung) Kamizan juga hadiri kenduri nikah di Teluk Intan nanti. Kata dia, Jumaat itu dia akan kembali ke sini (Padang Rengas) kerana perlu hadiri kenduri itu pada Ahad. Kak Mah juga sempat menyiapkan gubahan wang hantaran adik lelakinya itu.

"Susulan nahas ini, kenduri anak lelaki keempat saya pada Ahad ini akan tetap diteruskan, cuma bezanya antara ceria dengan tidak sahaja memandangkan segala persiapan sudah dibuat termasuk tempahan katering," katanya yang juga bapa kepada enam anak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ninggal-dunia-dalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048377 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list