CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9632|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pelajar Malaysia di Mesir kumpul hampir 200 kitab turath ulama alam Melayu

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Nur Hadi ketika sedang mencari 'tinggalan' kitab lama asli Nusantara di gudang buku, Mustafa al-Halabi, iaitu antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir sanggup membelanjakan hampir RM20,000 wang simpanannya bagi mendapatkan 200 kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an.

Muhammad Nur Hadi Sallehuddin, 24, pelajar tahun akhir pengajian Usuluddin mula mengumpul khazanah berharga tersebut bermula awal 2020 yang kebanyakannya dicetak Mustafa al-Halabi, antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara utara Afrika itu.

Katanya, kitab yang sukar diperolehi itu sebahagian besar ditulis dalam tulisan Jawi dan Aceh merangkumi pelbagai disiplin ilmu Islam antaranya sejarah, tafsir, tajwid, fiqah, tasawuf, hadis, akidah dan kamus Arab-Jawi.

Antara koleksi dalam simpanan Muhammad Nur Hadi ialah Kamus Idris Al-Marbawi nukilan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pertama, Dr Syeikh Idris al-Marbawi, Doa Hari Arafah karya ulama Kelantan, Syeikh Jaafar Husein selain kitab ditulis ulama dari Indonesia dan Pattani.



Antara koleksi kitab lama asli Nusantara dari sekitar 1920-an hingga 1960-an yang dijumpai dan dikumpul. - Foto BERNAMA

"Semasa awal datang ke Mesir saya memang tidak tahu keberadaan kitab ini, sehinggalah kawan di Malaysia memaklumkannya. Pada permulaan saya sekadar membeli 25 buku sahaja, lama-kelamaan timbul rasa tanggungjawab dalam diri saya untuk mencari dan mengumpulkannya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Nur Hadi berkata, selain kitab-kitab tersebut dia juga mengumpul bahan lain seperti dokumen persuratan dan cop besi yang diukir tulisan Jawi-Arab.

"Antara penemuan menarik lain ialah saya melihat bukti bertulis sumbangan besar Syeikh Idris yang menjadi editor (pengarang) kepada kitab tulisan ulama lain sebelum ia dicetak untuk diterbitkan," katanya.

Pelajar berasal dari Taiping, Perak itu berkata, dia terdorong mengumpul kitab lama berkenaan kerana ia mempunyai nilai sejarah dengan cetakan asli di Mesir serta lebih dipercayai sebagai rujukan.

Bercerita lanjut, Muhammad Nur Hadi berkata, pertemuannya dengan seorang peniaga buku Arab, Ammu Abdul Maula di Mesir memudahkan dia mengumpul kitab turath dalam kuantiti yang banyak.


Muhammad Nur mengumpul kitab lama asli Nusantara yang kebanyakannya dicetak Mustafa al-Halabi, antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu. - Foto BERNAMA

Muhammad Nur mengumpul kitab lama asli Nusantara yang kebanyakannya dicetak Mustafa al-Halabi, antara syarikat percetakan dan penjualan buku tertua di negara Timur Tengah itu. - Foto BERNAMA

"Ammu yang berusia 70-an adalah pekerja di Mustafa al-Halabi lebih 50 tahun dan arif berkenaan dengan simpanan kitab turath yang dicetak syarikat itu. Saya telah berjumpa dia berulang kali bagi mencari kitab turath alam Melayu.

"Sampailah satu ketika apabila dia melihat kesungguhan saya dan yakin yang saya dapat menyimpan kitab tersebut untuk generasi akan datang, dia membawa saya masuk ke gudang buku dan menunjukkan kitab turath alam Melayu yang masih ada.

"Dari situlah saya mendapatkan kebanyakan tajuk yang sudah tiada lebihan naskah," katanya.

Beliau juga merancang membawa pulang koleksi kitab itu ke tanah air dan sedia berkongsi dengan pihak berkaitan yang berminat seperti pengkaji sejarah, ahli akademik dan universiti. -- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... b-turath-ulama-alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list