View: 6182|Reply: 0
|
Klopp bengang tewas di Anfield
[Copy link]
|
|
REAKSI Klopp (kiri) selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS
Liverpool: Jurgen Klopp berkata Liverpool mesti bertindak balas pantas dalam usaha memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-1 kepada Crystal Palace di Anfield, semalam.
Kekalahan kali pertama pada aksi liga di halaman sendiri dalam 29 perlawanan menyebabkan anak buah Klopp ketinggalan dua mata di belakang Manchester City.
Gol awal Eberechi Eze memberikan Eagles kemenangan penting dalam perjuangan mereka untuk kekal di EPL apabila kini mempunyai kelebihan lapan mata dari zon penyingkiran.
Namun musim terakhir Liverpool di bawah kendalian Klopp semakin sukar selepas pemenang Piala Liga itu pada awalnya dilihat berpeluang merangkul empat piala beberapa minggu lalu.
Selepas disingkir Manchester United daripada saingan Piala FA, Liverpool mengalami kekalahan kali pertama di tempat sendiri dalam mana-mana pertandingan selama 14 bulan selepas Atalanta menewaskan mereka 3-0 di Anfield pada aksi suku akhir pertama Liga Europa.
"Gol yang kami bolosi itu adalah sangat megecewakan. Segala-galanya bergantung kepada kami.
"Jika kami bermain seperti pada separuh masa pertama mengapa perlu memenangi liga? Jika kami bermain seperti pada separuh masa kedua, kami boleh memenangi perlawanan bola sepak.
"Tetapi hari ini (semalam) kami tidak beraksi dengan baik dan itulah sebabnya kami kalah," kata Klopp.
Anak buah Klopp kini hanya memenangi tiga daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas sudah beraksi 51 perlawanan musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-tewas-di-anfield |
|
|
|
|
|
|
| |
|