View: 5632|Reply: 0
|
Benteng pertahanan B23 perlu kebal
[Copy link]
|
|
BARISAN pemain B23 menjalani latihan menjelang aksi pertama Piala Asia B23 menentang Uzbekistan malam esok. - FAM
SKUAD bawah 23 tahun (B23) negara harus memiliki ‘faktor X’ untuk mengimbangi kualiti Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam pada saingan awal Kumpulan D Piala Asia B23 di Qatar kali ini.
Selain kelebihan fizikal dimiliki Uzbekistan dan Kuwait seperti diakui pengendali negara, Juan Torres Garrido, Vietnam juga dianggap sebagai lawan misteri selepas melantik Hoang Anh Tuan selaku pengendali baharu pasukan.
Menyedari cabaran bakal dihadapi pasukan, posisi pertahanan pastinya menjadi perhatian utama ketika skuad negara ditagih sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.
“Selepas mengharungi tiga perlawanan persahabatan (menentang India, Qatar dan China), kami sedar apa yang perlu diperbaiki dalam perlawanan di Piala Asia B23 nanti. Kami juga mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pasukan.
“Apa yang saya nampak dengan jelas adalah kami perlu elak daripada melakukan kesilapan mudah dan perlu memanfaatkan setiap peluang untuk menjaringkan gol,” kata pertahanan negara, Ubaidullah Shamsul Fazili.
Malam esok, skuad muda negara akan memulakan saingan sebenar bertemu Uzbekistan diikuti Vietnam (Sabtu) dan Kuwait (23 April).
Mengulas mengenai aksi pertama, Ubaidullah bertegas skuad negara harus bijak dalam aspek permainan minda sekali gus mampu mengimbangi kelebihan yang ada pada Uzbekistan.
“Fizikal pemain Uzbekistan lebih besar daripada kami dan mereka juga memiliki kelajuan. Jadi untuk mengatasinya kami perlu bijak menggunakan ruang yang ada dan jangan cepat hilang bola,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... an-b23-perlu-kebal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|