View: 5295|Reply: 0
|
Padang latihan kelas A bantu prestasi skuad B-23
[Copy link]
|
|
GARRIDO (lima dari kanan) memberi arahan kepada pemain skuad B-23 negara ketika latihan menjelang perlawanan menentang Uzbekistan. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Padang latihan dan kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) sememangnya membantu pemain muda negara untuk mempersembahkan aksi terbaik pada perlawanan pembukaan menentang Uzbekistan, malam esok.
Menurut pengurus pasukan, Datuk Seri Shahril Mokhtar, peningkatan prestasi barisan pemain skuad B-23 negara dapat dilihat apabila menjalani lebih seminggu di padang latihan berkelas 'A'.
Beliau berkata, situasi terbabit diharapkan mampu membantu skuad kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan aksi memukau apabila bertemu gergasi Asia iaitu Uzbekistan pada perlawanan pertama Kumpulan D itu.
"Saya lihat permukaan padang yang baik memang dapat membantu kita untuk bermain dengan corak permainan kita mahukan.
"Apabila pemain berlari, kita boleh nampak permukaan padang kurang tekanan, jadi ini memberi kesan untuk tenaga pemain.
"Dengan keadaan padang latihan yang amat baik di sini (Qatar), saya nampak permainan skuad B-23 semakin meyakinkan. Apa yang diterapkan kepada pemain, nampaknya semua sudah semakin serasi.
"Saya optimis dengan perancangan daripada barisan kejurulatihan dan kesungguhan pemain, kita tidak gentar untuk turun beraksi dan semuanya berjalan dengan sangat positif ketika ini," katanya.
Skuad Harimau Muda dibimbing Juan Torres Garrido yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).
Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi 'play-off' menentang wakil Afrika, Guinea.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... prestasi-skuad-b-23 |
|
|
|
|
|
|
| |
|