CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 0

Xavi kecam pengadil selepas Barca tersingkir

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode

KOVACS melayangkan kad merah kepada Araujo pada perlawanan awal pagi tadi. FOTO AFP

Barcelona: Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez mendakwa keputusan pengadil membuang padang Ronald Araujo sebagai tidak perlu dan meleburkan impian kelab itu apabila disingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Araujo dilayangkan kad merah pada minit ke-29 kerana menjatuhkan Bradley Barcola di penjuru kotak penalti dengan Barcelona mendahului 1-0 pada perlawanan itu dan 4-2 secara agregat.

Ketika Barcelona beraksi 10 pemain, PSG mengambil kesempatan untuk bangkit dan menang 4-1 di Montjuic, sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 6-4.

"Amat memalukan kerja keras sepanjang musim berakhir di sini disebabkan keputusan teruk pengadil," kata Xavi kepada Movistar. "Pembuangan padang ini tidak perlu."


Xavi sendiri kemudian dibuang padang kerana membantah keras ketika Barcelona hilang pertimbangan pada babak kedua dan beliau mengkritik pengadil dari Romania, Istvan Kovacs.

"Pengadil terlampau teruk, saya beritahunya, beliau tidak faham mengenai permainan ini," kata jurulatih itu.

Kad merah Araujo menyebabkan Xavi mengeluarkan pemain sayap berusia 16 tahun, Lamine Yamal, yang mencipta gol pembukaan Barcelona untuk Raphinha, dengan Inigo Martinez dimasukkan bagi memenuhi kelompongan di benteng pertahanan.

"Kami amat marah, kad merah itu memutuskan perlawanan ini," kata Xavi.

"Kami beraksi dengan tersusun, bagi saya ia keterlaluan untuk melayangkan kad merah, dari situ ia satu perlawanan berbeza.

"Kami ragu-ragu untuk mengeluarkan Lamine pada awalnya, dia bertindak baik dan detik itu jelas menentukan keputusan perlawanan ini."

Barcelona ketinggalan lapan mata di belakang Real Madrid dalam perebutan kejuaraan La Liga dan berdepan Los Blancos di Santiago Bernabeu, Ahad ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... as-barca-tersingkir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.177313 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list