View: 8385|Reply: 0
|
Liverpool harapkan keajaiban ketiga
[Copy link]
|
|
JOTA (kanan) bakal diberikan kepercayaan berdasarkan rekodnya pernah meledak hatrik ke atas Atalanta sebelum ini. – AFP
LIVERPOOL – Ketinggalan tiga gol secara agregat di pentas Eropah bukanlah satu perkara baharu buat Liverpool yang pernah dua kali bangkit mencipta keajaiban mengubah defisit tersebut dan akhirnya memenangi perlawanan itu.
Disebabkan itu kem The Reds sama sekali belum mengibarkan bendera putih biarpun tewas 0-3 kepada Atalanta pada suku akhir pertama di Anfield minggu lalu menjelang aksi timbal balik di Stadium Gewiss awal pagi esok.
Meskipun bukan tugas mudah, tetapi Liverpool pernah ketinggalan tiga gol dan bangkit mengikat AC Milan 3-3 sebelum menang penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara (UCL) di Istanbul, Turkiye pada 2005.
The Reds juga pernah tewas 0-3 pada separuh akhir pertama UCL kepada Barcelona sebelum meledak empat gol dalam aksi timbal balik untuk menang 4-3 secara agregat ketika edisi 2019.
“Kami sedia lakukan segala-galanya untuk memenangi perlawanan di sana dan selepas itu baru kita lihat apa akan terjadi. Kami tidak akan mudah menyerah walaupun bukan mudah untuk menjaringkan empat gol dalam perlawanan pada tahap ini.
“Sekarang adalah detik terendah buat pasukan ini, tetapi kami perlu bangkit dan terus memandang ke hadapan. Tiada yang mustahil jika kami dapat bermain dengan baik mengikut perancangan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Penyerang Portugal, Diogo Jota dijangka berada dalam kesebelasan utama berdasarkan sejarahnya yang pernah meledak hatrik ke atas Atalanta ketika Liverpool menang 5-0 sewaktu aksi peringkat kumpulan UCL edisi 2020/21.
Kepulangan Jota selepas pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan, pastinya akan memberikan variasi kepada jentera serangan Liverpool yang sebelum ini dilihat tumpul ketika Darwin Nunez diberikan tanggungjawab mengetuai bahagian itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... n-keajaiban-ketiga/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|