View: 4614|Reply: 0
|
Ndicka dapat lampu hijau kembali berlatih
[Copy link]
|
|
Pertahanan Roma, Evan Ndicka tumbang di atas padang ketika perlawanan Serie A menentang Udinese. - Foto REUTERS
ROME: Pertahanan Roma, Evan Ndicka diberi lampu hijau oleh pasukan perubatan untuk kembali berlatih selepas tumbang di atas padang ketika perlawanan Serie A menentang Udinese pada 14 April lalu.
Pemain Ivory Coast berusia 24 tahun itu dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan mengesahkan ia bukan serangan jantung tetapi udara yang terperangkap antara paru-paru dan dinding dada.
Permainan terikat 1-1 ketika insiden berkenaan dan ditangguhkan. Baki permainan akan dilangsungkan esok.
"Evan Ndicka menjalani siri pemeriksaan yang mengesahkan ia bukan masalah jantung atau paru-paru.
"Jadi dia dibenarkan untuk kembali berlatih tetapi di bawah pemantauan rapi," kata Roma. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... au-kembali-berlatih |
|
|
|
|
|
|
| |
|