CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 0

Rosak 'keindahan' EPL akibat VAR - Pochettino

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:46 AM | Show all posts |Read mode

POCHETTINO (kiri) jelas tidak berpuas hati dengan jaringan kemenangan pasukannya yang dibatalkan. FOTO Reuters

Birmingham: Semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang menghalang Chelsea mencatat kemenangan ke atas Aston Villa jelas sekali merosakkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), jelas pengurus kelab berkenaan, Mauricio Pochettino.

Pasukannya menyangkakan mereka sudah melengkapkan kebangkitan luar biasa selepas pemain gantian, Axel Disasi menjaringkan gol pada masa kecederaan separuh masa kedua namun jaringan berkenaan tidak disahkan selepas merujuk kepada VAR Benoit Badiashile melakukan kekasaran.

"Saya dan anda, serta semua orang di stadium menonton perlawanan, mereka tidak melihat kekasaran di atas padang dan kemudian VAR mengubah keputusan pengadil. Bagi saya itu adalah cabaran biasa. Keputusan sudah ada dan itu sahaja," kata Pochettino kepada penyiar TNT selepas keputusan seri 2-2.

"Bagi saya, ia merosakkan sedikit Liga Perdana Inggeris (EPL). Jika kami mahu menjadi liga terbaik di dunia, ia sepatutnya melindungi tontonan dan keputusan ... (ia) merosakkan diri saya, merosakkan pasukan saya, pemain saya, peminat," tambahnya.


Chelsea ketinggalan 0-2 pada waktu rehat tetapi gol daripada Noni Madueke dan Conor Gallagher meletakkan mereka di kedudukan terikat sebelum jaringan lewat perlawanan dibatalkan.

"Persembahan sangat bagus dan kami bermain dengan sangat baik. Memang benar pada separuh masa pertama kami bolos mudah ... untuk menentang Villa, yang berjuang kedudukan empat teratas, saya gembira dengan pasukan dan pemainnya," kata Pochettino.

Bos Villa, Unai Emery berkata pasukannya, yang kini berada di tempat keempat dan tujuh mata di depan Tottenham Hotspur, masih meletakkan sasaran mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Spurs, bagaimanapun, mempunyai tiga perlawanan dalam tangan.

"Kami perlu cuba untuk terus konsisten dengan pemain yang kami ada dan saya percaya pada pemain... dalam Liga EPL kami bertarung dengan Tottenham untuk kedudukan keempat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ibat-var-pochettino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 1.630573 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list