|
MOHD Nidzam Jamil. FOTO SELANGOR FC
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil tidak melihat persembahan buruk yang dipamerkan skuad bawah 23 tahun (B-23) di pentas Piala Asia B-23 Qatar sebagai pengakhiran buat pemain muda itu.
Bagi Nidzam, pemain muda negara semakin matang dan mereka akan mempertingkatkan lagi kualiti permainan bagi mengharungi kejohanan antarabangsa pada masa akan datang.
"Saya fikir perkara yang berlaku kepada mereka itu, saya cenderung untuk lihat dari sisi yang baik. Mereka bertambah matang.
ADVERTISING
"Tapi sekali lagi, dalam bola sepak kita menilai mereka dari segi keputusan. Tetapi sebagai jurulatih, kita menilai mereka dari segi kemajuan.
"Jadi, apa saja kemajuan pengalaman yang mereka timba itu saya fikir saya gembira untuk mereka. Saya fikir semua orang mahu jadikan pengalaman di Qatar itu untuk menjadikan mereka lebih matang dan lebih profesional dalam cara berfikir," katanya.
Mengikut rekod, skuad negara yang dibimbing Juan Torres Garrido membawa lapan pemain Selangor FC untuk kejohanan berkenaan.
Lapan pemain terbabit ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Azim Al Amin Kamaruddin, Syahir Bashah, Muhammad Abu Khalil, Zikri Khalili, Harith Haiqal Adam Afkar dan Aliff Izwan Yuslan.
Malaysia menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di tangga keempat Kumpulan D dengan rekod tiga kekalahan dan satu gol di peringkat kumpulan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mematangkan-pemain |
|