CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4181|Reply: 0

Vardy pastikan Leicester juara liga

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode

VARDY dan rakan sepasukan meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan menentang Preston. FOTO Reuters

United Kingdom: Jamie Vardy menjaringkan dua gol ketika Leicester meraikan kehadiran mereka semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-0 di Preston sekali gus meraih gelaran juara Liga Kejuaraan.

The Foxes lebih awal meraih tiket promosi ke saingan liga tertinggi selepas Leeds United tewas 0-4 di QPR pada Jumaat lalu.

Skuad Enzo Maresca perlukan kemenangan di Deepdale bagi memastikan mereka tidak dipintas Ipswich yang berkelebihan satu perlawanan dan mereka melakukannya hasil sumbangan besar kapten berusia 37 tahun itu.

Vardy antara wira Leicester yang meraih gelaran bersejarah EPL pada 2016 dan anggota skuad yang menjulang Piala FA pertama mereka tiga tahun lalu.


Dia tangkas menggerakkan jentera tengah pada malam indah buat penyokong pelawat ketika dia meledak gol ke-20nya musim ini.

"Kami tahu ia perlawanan sukar tetapi berjaya melaksanakannya dan meraikan bersama penyokong melengkapkan lagi pesta ini," kata Vardy.

"Bagaimana anda tak suka jaringkan gol? Terutama gol kedua di hadapan penyokong. Anda tak dapat perasaan yang lebih baik daripada itu."

Satu lagi slot ke EPL musim depan bakal ditentukan pada hari terakhir musim Kejuaraan Sabtu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eicester-juara-liga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.239420 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list