CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7370|Reply: 0

Postecoglou buat lawak mahu pindah Sweden

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode

Bos Tottenham, Ange Postecoglou mendakwa pasukannya patut mendapat satu sepakan penalti ketika kalah di tangan Arsenal hujung minggu lalu. – Foto premierleague.com

LONDON: Bos Tottenham, Ange Postecoglou berjenaka malam tadi beliau mahu mengemas begnya untuk ke Sweden kerana negara itu menolak VAR, yang sekali lagi menjadi tumpuan dalam Liga Perdana Inggeris.

Nottingham Forest berasa kecewa terhadap beberapa keputusan ketika kekalahan terbaharu mereka di tangan Everton manakala Chelsea dinafikan gol pada masa kecederaan ketika seri 2-2 dengan Aston Villa.

Postecoglou, pasukannya di tangga kelima bertandang ke Chelsea awal pagi esok berkata, beliau berasakan pasukannya patut mendapat satu sepakan penalti ketika tumpas 3-2 di tangan pendahulu liga Arsenal hujung minggu lalu.

"Saya fikir kami patut mendapat sepakan penalti pada hujung minggu lalu, orang lain tidak fikir kami patut dapat penalti pada hujung minggu," katanya.


"Saya tidak pasti mengenai Micky van de Ven ofsaid tetapi orang lain kata ia ofsaid. Akhirnya, siapa saya untuk duduk di dalam bilik dan memberitahu pegawai bagaimana melaksanakan tugas mereka? Mereka patut tahu mengenainya – itu tugas mereka."



Ange Postecoglou membuat lawak dengan wartawan apabila menyatakan beliau mahu berpindah ke Sweden bagi melarikan diri daripada VAR. – Foto premierleague.com

Pengendali dari Australia itu berkata, VAR akan kekal di sebalik kebimbangan mengenai teknologi itu.

"Saya akan mengubah banyak daripadanya tetapi sekali lagi saya katakan sebelum ini saya fikir ia mengubah permainan ini secara material, yang saya fikir bukan hasrat sebenar ketika ia dibawa masuk."

Postecoglou berjenaka beliau akan berpindah ke Sweden untuk melarikan diri daripada VAR.

"Ya, saya berpindah ke sana," katanya. "Saya tiada kerja, saya hanya berpindah ke sana."

Tottenham akan turun tanpa Ben Davies, yang mengalami kecederaan betis dan Timo Werner, yang mengalami kecederaan hamstring bagi kunjungan ke Stamford Bridge.

Kedua-duanya mengalami kecederaan itu ketika kalah di tangan Arsenal dan tidak akan bermain lagi musim ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -mahu-pindah-sweden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067098 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list