CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5478|Reply: 0

Ten Hag berminat kembali ke Ajax

[Copy link]
Post time 4-5-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

TEN Hag berdepan tekanan di musim keduanya bersama United. -FOTO AFP

London: Erik ten Hag berminat untuk kembali ke Ajax sekiranya dipecat oleh Manchester United pada musim panas ini.

Pengendali Belanda itu berdepan tekanan di pelbagai peringkat semasa musim keduanya menerajui Old Trafford.

Walaupun United layak ke final Piala FA kedua berturut-turut di bawah kendaliannya, keputusan dalam saingan Liga Perdana tidak memberangsangkan malah turut dijangka terlepas kelayakan Liga Juara-Juara kerana tersingkir di pertandingan yang sama pada peringkat kumpulan Disember lalu.

Menurut laporan The Times Thomas Tuchel dianggap sebagai pesaing untuk jawatan itu sekiranya mereka memilih untuk menggantikan Ten Hag beberapa bulan akan datang.


Bekas kelab Ten Hag, Ajax, mengharungi musim 2023-24 yang menyedihkan, ketinggalan kepada juara PSV Eindhoven dengan 35 mata dengan kelab itu turut dilanda masalah di luar padang membabitkan kakitangan eksekutifnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Kroes menguruskan pelantikan ketua jurulatih baharu mereka dengan Ten Hag dianggap sebagai sasaran utamanya.

Namun Ten Hag menegaskan dia tidak berhubung dengan gergasi Belanda itu mengenai kemungkinan kembali.

Begitupun pengendali United itu mengakui kemungkinan melihat masa depannya kembali ke kelab itu.

"Saya menandatangani kontrak dan saya bukanlah seorang yang akan pergi," kata Ten Hag.

"Jadi saya menganggap bahawa saya akan berada di Manchester United musim depan."

Selepas menafikan berhubung dengan bekas kelabnya, beliau ditanya jika beliau melihat kemungkinan kembali ke Amsterdam, "Ya, mengapa tidak? Saya mengalami tempoh yang sangat baik di Ajax.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nat-kembali-ke-ajax
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.049785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list