CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1252|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JSJK cadang BNM tetap peraturan berkaitan pelaburan berasaskan logam

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mencadangkan Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan peraturan yang lebih sesuai dan memastikan semua syarikat pelaburan yang berasaskan logam berharga supaya berdaftar dengan pihak mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya melihat wujud keperluan supaya satu mekanisma yang lebih mantap diwujudkan untuk memantau dan menyelia skim pelaburan yang dianjurkan oleh syarikat khususnya berkaitan dengan pelaburan emas.

Menurutnya, jabatan mencadangkan agar BNM menetapkan peraturan yang lebih sesuai dan memastikan semua syarikat pelaburan yang berasaskan logam berharga supaya berdaftar dengan pihak mereka.

"Ini penting bagi menentukan wang yang dilaburkan adalah terjamin dan sekali gus mengelakkan kewujudan lebih banyak skim penipuan pelaburan.


"Tambahan sejak kebelakangan ini, pelaburan berasaskan emas mula menjadi pilihan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan mata wang yang sedang melanda seluruh dunia," katanya.

Ramli berkata, emas dilihat sebagai aset yang stabil kerana nilainya yang terus meningkat sekali gus menjanjikan keuntungan kepada pelabur yang berminat.

"Mengambil kesempatan daripada fenomena ini, banyak syarikat-syarikat pelaburan dilihat mula menawarkan pelaburan berasaskan emas.

"Jika melihat kepada rekod siasatan yang dijalankan oleh polis, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata, umpamanya, jika harga emas terus dalam trend menaik, maka ramai 'pelabur' akan menjual untuk keuntungan.

"Dalam masa sama, syarikat tidak dapat memenuhi tebusan emas dan ini akan memberi kesan kepada pelabur," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-berasaskan-logam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 1.584520 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list