View: 4436|Reply: 0
|
Kenapa Haaland marah ketika digantikan
[Copy link]
|
|
Penyerang Manchester City, Erling Haaland kelihatan seperti bertengkar dengan pengurusnya Pep Guardiola ketika digantikan pada babak kedua aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolves di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS
MANCHESTER, England: Erling Haaland bengang dengan kurangnya sepakan percuma diberikan kepadanya ketika kemenangan Manchester City ke atas Wolves apabila dia digantikan, menurut Pep Guardiola.
Haaland menghasilkan persembahan memukau dengan empat gol ketika kemenangan 5-1 membolehkan The Blues semakin menghampiri usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan muncul pasukan pertama menang empat kali berturut-turut.
Julian Alvarez menambah gol lewat permainan ketika City bertindak balas dengan bergaya susulan kemenangan Arsenal ke atas Bournemouth pada perlawanan beberapa jam sebelum itu.
Bagaimanapun, pemain nombor 9 City itu kelihatan tidak gembira apabila dia digantikan bagi baki 10 minit perlawanan.
Guardiola memperkatakan sesuatu terhadap penyerangnya tetapi Haaland kelihatan tidak berpuas hati ketika dia menuju ke bangku pemain simpanan.
Pengurus City itu menegaskan Haaland gembira dengan hasil perlawanan itu tetapi berasa tidak senang kerana dia sering dikasari pemain Wolves tetapi tidak banyak mendapat sepakan percuma.
Di sebalik kekecewaan itu, Haaland masih mampu melengkapkan larian sepusingan di sekitar Etihad untuk meraikan kemenangan itu bersama penyokong dan kembali ke bilik persalinan dengan penuh bersemangat.
"Banyak bola hantaran tinggi dihalakan ke kubu lawan apabila dia memenangi pegangan bola dan ditarik oleh lawan tetapi sepakan percuma tidak diberikan," jelas Guardiola.
"Apabila dia setahap dengan bahu lawan saya boleh faham tetapi kadang-kadang dia memenangi bola dan ditarik bajunya.
"Dia jatuh dan kadang-kadang tidak diberikan (kekasaran). Ia berlaku setiap perlawanan banyak kali. Dia hanya kecewa dengan tindakan ini tetapi saya pasti betapa dia terlalu gembira hari ini."
Sesetengah warganet menyamakannya dengan insiden Mohamed Salah dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp minggu lalu apabila mereka bertengkar di tepi padang ketika bintang Mesir itu mahu masuk sebagai pemain gantian.
Malah ada peminat menyatakan Haaland kelihatan seperti "mencarut" terhadap Guardiola. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-ketika-digantikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|