CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5097|Reply: 10

Apa salah ku, Apa dosaku.......

 Close [Copy link]
Post time 26-3-2011 06:59 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.  Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.

“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar. “Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.



P/s: Ramai yang phsycho skrg, nak keluar rumah pun rasa tak selamat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 07:11 PM | Show all posts
sial tol.. nanti bile mamat tu dah kne tangkap, simbah asid tu kat anu die tau!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 07:12 PM | Show all posts
maaf tapi bukan ke thread ni lagi sesuai pegi ke bod isu semasa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 07:14 PM | Show all posts
maaf tapi bukan ke thread ni lagi sesuai pegi ke bod isu semasa?
edee_91 Post at 26-3-2011 19:12


Iyalah edee....mcmana lah cheq boleh ter post ke sini.....

Tengah geram sangat le tu tadi...

Maaf Mod, mcmana nak pindah ek?.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 07:19 PM | Show all posts
pindahkan je... mod... hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 08:28 PM | Show all posts
sekali salah parking daa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2011 08:48 PM | Show all posts
kesiannya........ ramai orang psiko sekarang......... kalau keluar tuh bacalah ayat kursi ke apa minta perlindungan daripada Allah........... ris kalau keluar mana2 mesti baca ayat kursi 3 kali......
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 08:53 PM | Show all posts
takotnyer.....
ni giler ke apa nih....
vodo pnyer org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2011 09:44 PM | Show all posts
Reply 7# Risma

Kenapa aku rasa Risma ni kata kat aku je ek....
Sbb aku silap parking ke?.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 09:49 PM | Show all posts
Reply  Risma

Kenapa aku rasa Risma ni kata kat aku je ek....
Sbb aku silap parking ke?.....:m ...
jazaa Post at 26-3-2011 21:44

laaa tak de lah.........parking kat sini pun takpe gakk............. sebab utk bagi peringatan kpd semua supaya berhati2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 09:50 PM | Show all posts
gi je bukak topik ni kat sana sementara lum ramai poremer post kat sini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056145 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list