CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6796|Reply: 0

Klopp tetap mahu tinggalkan Liverpool

[Copy link]
Post time 6-5-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode

SALAH (dua dari kanan) menjaringkan gol sulung Liverpool. FOTO REUTERS

Liverpool: Sejak mengumumkan Januari lalu yang dia akan meninggalkan pasukan pada hujung musim ini, pengurus paling disayangi Liverpool, Juergen Klopp sering ditanya sama ada dia akan menimbangkan untuk kekal semusim lagi selepas keputusan baik diraih anak buahnya.

Anak buah Klopp menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 menerusi persembahan bertenaga di Anfield, awal pagi tadi dalam suasana hebat di stadium, namun jawapannya tetap sama.

"Apa yang saya buat mungkin dilihat agak asing, tiada siapa benar-benar memahaminya, saya cuba menjelaskannya," kata Klopp mengenai keputusannya untuk meninggalkan pasukan.

"Saya tidak kata saya kurang gembira dengan atmosfera di stadium atau dengan cara kami bermain bola sepak.


"Saya fikir apabila bercakap mengenainya, kami bermain bola sepak dengan cara luar biasa, jadi ia bukan perbezaannya.

"Sebabnya. Jadi, tidak, ia tidak mempengaruhi keputusan saya."

Jaringan menerusi Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott memberikan kemenangan penting yang diperlukan anak buah Klopp yang hanya menang sekali daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terakhir, sekali gus dilihat hampir tercicir daripada pemburuan takhta.

Kemenangan itu meletakkan peluang mereka secara matematik untuk menjuarai liga amat tipis, apabila ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dengan baki dua lagi perlawanan.

Selain itu, LIverpool ketinggalan empat mata di belakang juara bertahan, Manchester City yang menduduki tangga kedua, tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding kedua-dua pasukan itu.

Klopp yang akan membuat penampilan terakhir di tepi padang di Anfield apabila Liverpool melayan Wolverhampton Wanderers pada aksi terakhir musim pada 19 Mei, turut ditanya apa yang dilakukannya untuk meyakinkan penyokong Liverpool sejak dilantik pada 2015.

"Kelab ini sangat istimewa. Saya tidak membuat mereka percaya, tapi saya mengingatkan mereka betapa sangat membantu sekiranya mereka apabila anda percaya dan itu yang saya lakukan.

"Semua orang bersedia untuk bergerak bersama-sama. Itu yang kami lakukan selama lapan tahun enam bulan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... inggalkan-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.358754 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list