CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3725|Reply: 0

[Selangor] 'Kereta saya sebelah kereta Faisal Halim... Allah selamatkan kami'

[Copy link]
Post time 6-5-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode

KERETA milik wanita yang terkena simbahan asid disasarkan kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Petaling Jaya: Wanita mendakwa keretanya turut terkena simbahan asid yang disasarkan kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini, semalam.

Wanita itu menerusi ciapan di laman sosial X memberitahu meletakkan keretanya bersebelahan kenderaan milik bintang Selangor FC terbabit.

Bagaimanapun, katanya, dia bersama keluarga tidak cedera kerana ketika kejadian tidak berada di lokasi dan hanya mengetahui kejadian itu selepas beberapa minit kemudian.

"Kereta saya merupakan kereta yang terletak bersebelahan kereta Faisal Halim. Kami tiba di parking lot (parkir) beberapa minit selepas kejadian berlaku.


"Mungkin Allah ingin menyelamatkan kami sebab saya bawa dua anak kecil ketika itu," ciapnya.

Ditanya pemilik akaun X lain mengenai bagaimana kejadian yang menimpa Faisal, wanita itu berkata, ia berlaku ketika lelaki itu keluar dari kenderaannya.

Dia berkata, asid disimbah turut terkena pada bahagian depan kereta yang menyebabkan cat pada kenderaannya itu tertanggal.

"Memang kopek terus cat. Tapi takut sebab kitaorang lambat sikit je kalau time (masa) kena simbah kitaorang dekat situ nak masuk kereta memang kena sekali kitaorang, dengan anak-anak kecil lagi," katanya.

Katanya, dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Harian Metro terdahulu melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden simbah asid terhadap Faisal, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini.

Selain itu, beliau berkata, polis juga sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa dan akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan.

Semalam, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lah-selamatkan-kami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.043395 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list