CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2510|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kanak-kanak 10 tahun tawar seks, tak mampu ganti pemadam rakan

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak cukup duit untuk menggantikan pemadam rakannya, seorang kanak-kanak perempuan bersetuju menawarkan seks sebagai cara pampasan kepada kawan-kawan lelaki sebayanya.

Kisah itu diceritakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) yang berlangsung hari ini.

Ujarnya, tiada kes difailkan memandangkan kisah kanak-kanak perempuan 10 tahun itu disifatkan tiada liabiti jenayah.

“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju (rogol berkumpulan) bersama kepada dua rakannya berusia sembilan dan 10 tahun kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.

“Jadi memandangkan semua yang terlibat berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya telah dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan.

“Kejadian itu berlaku tahun lepas dan kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baharu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shuhaily menzahirkan kebimbangan dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi sehingga menjadi ‘barah’ dalam masyarakat hari ini.

Ujarnya, kes rogol tidak dinafikan meningkat secara amnya, namun kes membabitkan remaja bawah umur juga menunjukkan pelonjakan setiap tahun.

“Jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur semakin meningkat setiap tahun. Kes yang dilaporkan kepada kami mungkin adalah sebahagian kecil daripada realiti yang benar-benar terjadi.

“Peningkatan ketara selepas pandemik Covid-19 kerana majoriti menggunakan media sosial untuk berinteraksi dan jumlah ini semakin bertambah hari demi hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... anti-pemadam-rakan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.032978 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list