CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7628|Reply: 0

'Banteras segera agar tidak menjadi barah' - PBNST

[Copy link]
Post time 6-5-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Antara bahagian Faisal yang terjejas kerana simbahan cecair itu babitkan sekitar dada, lengan, bahu dan leher. - Foto Ihsan pembaca

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) meletakkan harapan tinggi agar insiden dua pemain kebangsaan yang menjadi mangsa kekejaman tidak menjadi 'barah' dalam sukan nombor satu itu.

Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, insiden yang menggemparkan arena sukan negara itu perlu dihentikan seberapa segera agar ianya tidak berpanjangan dan berlaku kepada pemain lain.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri berkata, insiden kekejaman itu perlu ditangani secara lebih serius oleh pihak keselamatan.

Pada masa juga beliau mengharapkan pelaku yang bertindak tidak berperikemanusian terhadap dua pemain kebangsaan itu diheret ke muka pengadilan seberapa segera.

Terdahulu dua pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kecederaan yang serius selain boleh 'membunuh' karier bola sepak mereka.

Akhyar yang kini menyarung jersi Terengganu FC (TFC) disamun dan dipukul pada bahagian kepala dan kaki pada malam Khamis lalu sehingga terpaksa menerima enam jahitan selain kerugian hampir RM5,000.

Petang semalam, Faisal yang juga bekas pemain TFC dan kini menyarung jersi Selangor FC disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pasar raya di ibu negara sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana melecur pada bahagian badannya.

"Dua insiden yang melibatkan dua pemain kebangsaan iaitu Akhyar dan Faisal dalam tempoh yang hampir dekat itu adalah sangat tidak sihat untuk permulaan Liga Malaysia (Liga M).

"Insiden ini seperti ada motif khianat yang tersembunyi. Sukar untuk menelaah motif mereka. Kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat, namun apa yang pasti, isu keselamatan pemain ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan terancam buat pemain, rasa trauma bakal menyelubungi mereka," kata Hishamuddin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... menjadi-barah-pbnst
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.247157 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list