CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5841|Reply: 0

[Johor] Kes bayi 9 bulan maut: Suami isteri tak mengaku abai anak asuhan

[Copy link]
Post time 7-5-2024 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Suami isteri Lim Zhen Jie dan Vivian Lau (isteri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mengabaikan bayi perempuan warga asing berusia sembilan bulan, bulan lalu. - Foto NSTP/Omar Ahmad

JOHOR BAHRU: Suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi perempuan berusia sembilan bulan yang meninggal dunia, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak asuhannya, pada bulan lalu.

Tertuduh Lim Zhen Jie, 31 dan Vivian Lau, 29 yang faham pertuduhan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Rasidah Roslee di Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas pertuduhan dibacakan secara bersama dalam Mandarin.

Mengikut kertas pertuduhan, Lim Zhen Jie dan isterinya Vivian Lau didakwa secara bersama mengabaikan bayi sembilan bulan anak wanita warga Vietnam sehingga menyebabkannya cedera di kepala.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kejayaan, Taman Universiti Skudai di sini antara 19 Mac hingga 25 April lalu.


Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dan dibacakan bersama seksyen 34 kanun keseksaan, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Mohd Nasir.

Thivaya dalam pendakwaannya memohon kedua-dua tertuduh dikenakan jaminan RM20,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, Muhammad dalam penghujahannya memohon jaminan pada kadar minimum berikutan Zhen Jie bekerja sebagai juruwang dengan gaji RM2,600, yang menanggung isteri dan dua anak berusia lima dan sembilan tahun yang masih bersekolah.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin warga tempatan, serta syarat tambahan lapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran hingga kes selesai, serahan pasport dan larangan ganggu saksi mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 6 Jun sebagai sebutan status dokumen perubatan dan laporan bedah siasat.

Pada 1 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, dilaporkan berkata bayi malang itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 3.50 pagi, pada 29 April lalu.

Polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan HSA berkaitan bayi warga asing berkenaan dimaklumkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan mangsa disyaki didera, pada hari sebelumnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ku-abai-anak-asuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.477966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list