CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6249|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 2 pemungut telur penyu terlepas hukuman mati

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Dua pemungut telur penyu terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu dengan penjara 12 tahun kerana menyebabkan kematian rakan mereka yang cuba meleraikan pergaduhan, lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizol Aznan Muhamad, 43, dan Mohd Riduan Ismail, 35, selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.

"Oleh itu, hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh ditangkap," kata Hakim Hadhariah yang turut bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Mohamed Zaini Mazlan.

Faizol dan Mohd Riduan, masing-masing ditangkap pada 2016 dan 2017.


Terdahulu, peguam Ghazali Ismail yang mewakili kedua-dua perayu memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meminda pertuduhan dihadapi anak guamnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) kanun sama dan ianya dipersetujui oleh AGC.

Hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh tangkap turut dipersetujui oleh kedua-dua pihak katanya, dan perkara itu juga disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.

Pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) dibacakan kepada Faizol Aznan dan Mohd Riduan dan mereka kemudiannya mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu didakwa telah menyebabkan kematian Razak Abdullah, 50, yang juga pemungut telur penyu di tepi Pantai Geliga berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Geliga Chukai, Kemaman kira-kira 7 pagi, 3 Jun 2016, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman denda.

Berdasarkan fakta kes, Faizol Aznan telah bertengkar dengan seorang lelaki, yang juga pemungut telur penyu berhubung pembahagian kawasan penyu bertelur di pantai itu.

Razak, yang berada di lokasi kejadian, cuba meleraikan pertengkaran itu namun Faizol Aznan berang lalu memukul muka mangsa bertubi-tubi dengan sebatang kayu sebelum Mohd Riduan secara tiba-tiba masuk campur dan menghentak muka mangsa menggunakan topi keledar.

Pada 9 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman mati terhadap Faizol Aznan dan Mohd Riduan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rlepas-hukuman-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053671 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list