CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6751|Reply: 0

Fiorentina mara ke final

[Copy link]
Post time 9-5-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Fiorentina bergembira selepas menewaskan Brugge. FOTO Reuters

Bruges, Belgium: Fiorentina mara kali kedua berturut-turut ke final Liga Konferens Europa selepas penalti lewat membolehkan kelab Itali itu seri di Club Brugge dan mara dengan agregat 4-3, awal pagi tadi.

Pelawat ketinggalan hasil jaringan Maxim de Cuyper pada babak pertama tetapi penalti Lucas Beltran gagal diselamatkan penjaga gol Simon Mignolet pada minit ke-85 membolehkan Fiorentina mengekalkan kelebihan satu gol yang diraih pada separuh akhir pertama dan mara ke final 29 Mei ini di Athens.

Fiorentina kini berpeluang menebus kekalahan 1-2 di tangan West Ham apabila bakal menentang sama ada Aston Villa atau Olympiakos di final.

"Ia perjalanan yang hebat, saya sangat gembira kami ke final sekali lagi," kata jurulatih Fiorentina Vincenzo Italiano.


Selepas menang 3-2 di tempat sendiri hasil jaringan M'Bala Nzola minit ke-91, Fiorentina sekali lagi terpaksa memerlukan kebangkitan lewat untuk menewaskan tuan rumah.

Ketika permainan memasuki minit ke-20 rembatan Hans Vanaken terkena sedikit bahu De Cuyper sebelum menerjah gawang untuk membolehkan skuadnya mendahului perlawanan.

Fiorentina berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan Cristiano Biraghi dan Christian Kouame terkena tiang.

Mereka akhirnya memperoleh penalti ketika permainan berbaki lapan minit selepas Brandon Mechele mengasari Nzola dan Beltran meledak rembatan kencang di sebelah kanan yang gagal ditampan Mignolet.

Pada awal pagi esok Olympiakos menentang Aston Villa pada separuh akhir kedua di tempat sendiri dengan kelebihan milik kelab Greece itu selepas menang 4-2 pada saingan pertama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntina-mara-ke-final
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.654456 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list