CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5642|Reply: 0

[Selangor] Berbaring menonton video di tepi kubur

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar kanak-kanak lelaki berbaring santai di tanah perkuburan.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki menarik perhatian ramai apabila dia ditemui berbaring santai di dalam sebuah tanah perkuburan sambil bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan keadaan persekitarannya.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @wandadonut167, kanak-kanak lelaki itu kelihatan ralit menonton video melalui telefon bimbitnya sambil berbaring beralaskan kotak di tengah-tengah kawasan perkuburan sebelum disergah oleh ibunya.

“Alahai anak, boleh pula dia berkampung dekat kubur sambil tengok telefon. Kan bangun ahli kubur dik,” ujar ibunya.

Difahamkan, anak ketiganya itu memang suka menyendiri dan lebih berminat berkawan dengan haiwan seperti kucing berbanding kanak-kanak sebayanya.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna geli hati dengan telatah aneh kanak-kanak yang dilihat tidak gentar berbaring di kawasan sunyi itu.

“Hati kau keras dik, akak lalu tepi jalan nampak kubur pun muka akak pusing ke lain,” komen Miss Lily.

“Mesti anak nombor tiga, hati kering sikit, suka duduk seorang diri, malas nak berkawan sebab kadang-kadang orang tak peduli kehadiran kita,” ujar Farah Abdullah.

“Mereka masih belum berakal, masih di dalam rahmat Allah. Ahli kubur mendapat rahmat dari adik ni, moga besar nanti hebat jadinya,” kata Rafie Huzzainie.

Setakat ini, video tular itu telah mendapat 1.6 juta tontonan, 51,900 tanda suka dan 9162 kali perkongsian. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ideo-di-tepi-kubur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069344 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list