CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6579|Reply: 0

[Johor] Itu video lama, alat pengesan baharu warna ungu - JKDM

[Copy link]
Post time 12-5-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular aktiviti penyeludupan minuman keras baharu di kedai bebas cukai di Forest City disahkan sebagai insiden lama yang berlaku pada 2021. FOTO ihsan JKDM

Iskandar Puteri: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai Forest City, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, video tular sejak kelmarin yang didakwa aktiviti penyeludupan adalah kejadian berlaku pada 2021.

"Video yang diviralkan itu video lama yang telah ditukarkan pada 2021 dan dimuat naik semula bagi mendapat perhatian warganet.

"Keadaan luar kedai bebas cukai dalam video berkenaan masih menggunakan alat pengesan berwarna jingga, sedangkan alat pengesan berkenaan sudah ditukar dengan alat baharu berwarna ungu.


"Ia sekali gus membuktikan ia adalah video lama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aminul Izmeer berkata, JKDM komited membendung kegiatan penyeludupan minuman keras di Forest City dengan menugaskan anggota di lokasi terbabit.

Menurutnya, sejak pembukaan kedai bebas cukai di Forest City pada 2018, anggota JKDM ditugaskan untuk berada di pintu keluar masuk.

"Selepas pembangunan pesat dan kediaman mula diduduki di Forest City, JKDM dapati terdapat banyak lorong tikus atau jalan tidak diiktiraf untuk keluar masuk ke Forest City.

"Langkah penyelesaian dengan kerjasama Forest City telah diambil dengan peningkatan kawalan di mana kawasan berisiko dipagarkan, serta jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM sahaja," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aru-warna-ungu-jkdm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050083 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list