CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7429|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bapa ambil kesempatan terhadap anak ketika isteri tiada

[Copy link]
Post time 12-5-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN: Mengambil kesempatan terhadap anak kandung sendiri ketika ketiadaan isteri di rumah, seorang bapa sanggup melakukan amang seksual ke atas perempuannya yang berusia 13 tahun.

Mangsa yang diperlakukan sejak setahun lalu tidak tahan dengan perbuatan itu mengadu kepada ibunya sebelum suspek yang berusia 39 tahun ditahan petang semalam.

Sumber memaklumkan, kejadian terbaru berlaku di kediaman keluarga itu di Kampung Dato Mansor, Rasah, di sini, pada 2 Mei lalu.

"Suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai melakukan amang seksual terhadap mangsa pada 2 Mei seperti dilaporkan kanak-kanak perempuan itu.


"Laporan turut menyatakan kejadian sama berlaku beberapa kali sejak mangsa berusia 12 tahun lagi. Mangsa yang tidak tahan melaporkannya kepada ibunya," katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, susulan laporan polis, sepasukan anggota menahan suspek di Southville City, Dengkil, Selangor pada jam 3.50 petang semalam.

"Permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret dan perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selama tujuh hari bermula hari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut. Siasatan masih diteruskan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... ketika-isteri-tiada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.366603 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list