View: 523|Reply: 0
|
EPL: Man. City mula pamer magis hujung musim
[Copy link]
|
|
GVARDIOL (tengah) meledak dua gol ketika membantu City merakam kemenangan ke atas Fulham di Craven Cottage kelmarin. - AFP
LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola percaya nasib pasukannya dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris ketika ini terletak di tangan mereka sendiri selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Fulham kelmarin.
Dua gol menerusi Josko Gvardiola dan masing-masing satu oleh Phil Foden serta Julian Alvarez yang menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan menyaksikan City mempamerkan penguasaan sepanjang aksi yang berlangsung di Craven Cottage.
Kemenangan itu membolehkan City memiliki kelebihan dua mata berbanding Arsenal di tempat kedua dan mereka hampir pasti merangkul gelaran keempat berturut-turut sekiranya berjaya menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi Rabu nanti serta meraih kemenangan ke atas West Ham United pada aksi terakhir.
“Sejak mereka (Arsenal) tewas menentang Aston Villa, nasib City sebenarnya berada di tangan kami sendiri. Aksi terakhir menentang West Ham adalah penentu kepada apa yang kami inginkan. Ia tidak mudah, tetapi kami bersedia berdepan cabaran ini,” kata Guardiola.
Musim lalu menyaksikan City berjaya melakar kejutan merangkul trofi EPL biarpun pada satu ketika ketinggalan lapan mata dengan Arsenal dan ketika ini mereka berjaya mengekalkan aksi tanpa kalah dalam saingan liga untuk 21 perlawanan.
“Para pemain gemarkan tekanan, mereka berjaya menyesuaikan diri. Saya fikir semua pemain menikmati perasaan seperti ini. Musim ini masih lagi sama, kami tidak memikirkan apa-apa kecuali perlawanan seterusnya.
“Kami akan ke London berdepan Spurs untuk meraih kemenangan dan menutup musim ini dengan melayan kunjungan West Ham di Etihad dengan impian untuk meraih kemenangan dan menjulang trofi sekali lagi,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... magis-hujung-musim/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|