CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4107|Reply: 0

[Tempatan] Waspada iklan tawaran 'bedal haji' yang meriah di media sosial

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Waspada iklan tawaran 'bedal haji' yang meriah di media sosial

https://www.bharian.com.my/berit ... iah-di-media-sosial

Oleh Samadi Ahmad - Mei 14, 2024 @ 11:05am
bhnews@bh.com.my


Gambar hiasan - Makkah

PUTRAJAYA: Orang ramai terutama dalam kalangan waris si mati yang berhasrat memilih perkhidmatan badal haji, dinasihatkan memeriksa dan memastikan kesahihan tawaran diterima bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Pengelola syarikat haji dan umrah, Afiz Ayub, berkata saban tahun setiap kali musim haji pelbagai tawaran berkaitan pakej badal haji diiklankan di media sosial dan ditawarkan pada harga yang murah hingga 'tidak masuk akal' bagi mereka yang berpengalaman.

Menurutnya, orang ramai perlu berhati-hati dengan taktik tawaran pakej badal haji terutama yang tidak menyatakan secara jelas siapa yang akan menjadi pelaksana ibadat itu kerana dikhuatiri ditipu sindiket yang bertujuan mengaut keuntungan semata-mata.

Katanya, ketika ini ada pelbagai pakej harga yang ditawarkan amat rendah bermula RM500 hingga RM4,000 yang mencurigakan sedangkan Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kos permit haji pada kadar tertentu termasuk untuk rakyat tempatan.

"Pastikan kesahihannya supaya niat baik langkah mengeluarkan sebahagian daripada wang untuk upah badal haji tidak menjadi sekadar 'bedal haji'," katanya ketika dihubungi.

Ketika ini ada pelbagai agensi pelancongan dan umrah menawarkan ibadat badal haji yang diiklankan di media sosial pada harga yang berbeza-beza bermula serendah RM500 hingga RM4,000.

Bagi menarik pelanggan, pihak berkenaan turut menawarkan sijil badal haji, air zam-zam, kurma serta video secara langsung ketika di Tanah Suci bagi meyakinkan orang ramai.

Media sebelum ini melaporkan, kos paling murah untuk badal haji ditetapkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mencecah SAR5,000 (RM6,359.87) dan tidak mungkin syarikat boleh menawarkan perkhidmatan di bawah nilai itu.

Afiz berkata, setiap jemaah termasuk pelajar Malaysia yang berada di Tanah Suci wajib memiliki visa haji dan kegagalan ini boleh menyebabkan mereka didenda dan dilarang masuk.

Menurutnya, sekiranya pelajar mengambil upah badal haji, mereka perlu membayar visa haji, penginapan, makan minum dan tidak munasabah sekiranya agensi mengenakan harga rendah.

Katanya, beliau juga mempunyai beberapa pekerja warga Patani, Thailand yang sudah lama menetap di Makkah, namun masing-masing tidak berani mengerjakan badal haji jika tidak mempunyai visa haji.

"Musim haji memang ramai petugas, namun bukan semua dapat visa haji kecuali pembimbing dan beberapa petugas yang layak, manakala selebihnya bertugas untuk menyantuni Dhuyufurrahman (tetamu Allah) di lapangan terbang dan menyediakan makan minum yang hanya fokus kepada tugasan."

"Bagi penduduk yang menetap di Arab Saudi, mereka hanya dibenarkan mengerjakan haji setiap lima tahun sekali dan agak mustahil sekiranya badal haji boleh dilaksanakan lebih 100 orang dalam satu-satu masa," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067948 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list