CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4906|Reply: 0

[Perak] Perlu kebenaran sebelum lepas ikan ke sungai

[Copy link]
Post time 15-5-2024 02:23 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video memaparkan tindakan individu didakwa melepaskan ribuan anak ikan di Sungai Hulu Bernam, Tanjung Malim.

Ipoh: Individu atau kumpulan yang mahu melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Perak.

Pengarah Perikanan Perak Mohd Ghazali A Manap berkata, perkara itu termaktub dalam garis panduan bertujuan melindungi spesies ikan air tawar tempatan daripada terancam.

"Kalau ada pihak yang nak lepaskan ikan sama ada ia spesies tempatan atau sebaliknya, perlu mendapat kebenaran pihak kami.

"Mereka perlu hadir ke pejabat kami dan maklumkan apa tujuan sebenar pelepasan itu dibuat, spesies apa yang nak dilepaskan dan sebagainya.


"Kita tak mahu perkara ini dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan kepentingan spesies ikan tempatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 12 Mei lalu, tular satu video yang memaparkan tindakan beberapa individu didakwa melepaskan ribuan anak ikan di Sungai Hulu Bernam, Tanjung Malim.

Dalam pada itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang mengenal pasti individu terbabit untuk siasatan berhubung kejadian terbabit selepas menerima aduan daripada Jabatan Perikanan Perak.

Mengulas tentang penularan video pelepasan ikan itu, Mohd Ghazali berkata, buat masa ini siasatan menyeluruh termasuk penguatkuasaan tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan Selangor.

"Memang pihak kita (Jabatan Perikanan Perak) yang membuat aduan, namun selepas diselidiki, kejadian itu berlaku dalam negeri Selangor.

"Jadi, sebarang tindakan atau siasatan diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut terhadap suspek yang melepaskan ribuan ikan dipercayai spesies anak ikan keli Afrika," katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dilaporkan berkata, DOF sedang mengenal pasti suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular pelepasan ikan itu.

Adnan dilaporkan berkata, DOF juga mengadakan konsultasi bersama pihak berkaitan termasuk persatuan terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... epas-ikan-ke-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035088 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list