CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5380|Reply: 0

[Kedah] Bomba nafi tiga budak maut rumah terbakar

[Copy link]
Post time 15-5-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Bomba nafi tiga budak maut rumah terbakar

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

15 Mei 2024 04:39pm








Bomba nafi tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah seperti video yang ditularkan di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus pada Selasa.




ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah menafikan terdapat tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah seperti video yang ditularkan di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, dekat sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.27 petang.


Kebakaran itu mengakibatkan sebuah rumah di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, Alor Setar musnah 90 peratus pada Selasa. Foto bomba






Menurutnya, kebakaran telah mengakibatkan sebuah rumah musnah 90 peratus, sebuah kereta jenis Proton Waja rosak lima peratus, namun tidak melibatkan mangsa.

“Dalam kejadian tersebut, difahamkan terdapat seorang kanak-kanak yang sedang tidur di dalam rumah dan apabila tersedar mendapati rumahnya terbakar sebelum berlari keluar.



“Dia kemudian beritahu adik dia ada di dalam rumah, sedangkan seorang adiknya ke kelas agama manakala seorang lagi keluar bersama ibunya. Kejadian ini tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, tular sebuah video di laman sosial mendakwa terdapat tiga kanak-kanak menjerit sebelum ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Kubang Siam, Alor Setar.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049693 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list