CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5504|Reply: 0

[Kedah] Maaf terpaksa tunggu lama, kami kekurangan doktor...

[Copy link]
Post time 16-5-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Maaf terpaksa tunggu lama, kami kekurangan doktor...


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



GAMBAR keluhan dan permohonan maaf kakitangan perubatan di sebuah hospital dekat Kedah yang tular di laman sosial. FOTO Ihsan Facebook Syahid Said




Kuala Lumpur: Tular di laman sosial hantaran keluhan kakitangan perubatan sebuah hospital dipercayai di Kedah, memohon maaf kepada pesakit kerana perlu menunggu lama.

Menerusi gambar berkenaan, luahan itu ditulis pada papan putih.

"Selamat pagi, minta maaf. Kami menghadapi kekurangan doktor, masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam.

"Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit masih kerja. Ada (doktor) yang sudah letak jawatan, pergi (hospital) swasta.

"Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan dan puan faham. Minta maaf," tulisnya.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata bersimpati dengan kakitangan perubatan.

"Ini satu kebenaran yang pahit," tulis pengguna Facebook (FB) Hanazlisa Ruhizamna.

"Bukan senang kerja dekat hospital kerajaan, pesakit terlalu ramai, kasihan sampai tak cukup rehat, dengan kakitangan tak cukup.

"Apa pun, kami hargai jasa kakitangan hospital, hormat anda, ambillah masa untuk berehat," tulis seorang lagi pengguna FB Azuan Idrus.

Sementara itu, Harian Metro sedang mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan selain langkah akan diambil bagi membantu kakitangan perubatan.



Disiarkan pada: Mei 16, 2024 @ 12:42pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052673 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list