CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8209|Reply: 0

Salah kongsi ucapan kepada Klopp

[Copy link]
Post time 21-5-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) dan Mohamed Salah (kanan). - Foto AGENSI

LIVERPOOL: Mohamed Salah memberi penghormatan kepada Jurgen Klopp di media sosial selepas perlawanan terakhir pengendali itu bersama Liverpool musim ini.

Pengendali dari Jerman itu menamatkan karier di Anfield dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, dan memberikan ucapan penuh emosi.

Penyerang Mesir, Salah, yang bekerjasama dengan Klopp selama beberapa tahun di Liverpool, berharap mereka dapat bertembung lagi pada masa akan datang.

Pemain 31 tahun itu memuat naik gambarnya bersama Klopp ketika latihan dan menulis: "Ia sesuatu yang hebat dapat berkongsi semua trofi dan pengalaman dengan anda sepanjang tujuh tahun lalu.


"Saya ucapkan selamat maju jaya buat anda dan berharap kita akan bertemu lagi."

Salah menyertai Liverpool pada Jun 2017, dua tahun selepas Klopp mengambil alih kelab - dan menjadi salah seorang penjaring terhebat Liga Perdana Inggeris.

Bersama, mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2019, gelaran Liga Perdana Inggeris pada tahun berikutnya, serta lima kejuaraan domestik dan antarabangsa.

Salah meledak 32 gol pada musim pertamanya, memecahkan rekod gol terbanyak dalam kempen yang menampilkan 38 perlawanan, dan keseluruhan 211 gol sepanjang berada di Merseyside.

Liverpool mengesahkan bos Feyenoord, Arne Slot akan menggantikan Klopp bermula 1 Jun ini, dan dilaporkan untuk kontrak tiga tahun.

Salah, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk antara bintang-bintang Liverpool yang masih berbaki setahun di dalam kontrak mereka, dan belum dapat dipastikan sama ada mereka akan menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang Slot di Anfield. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ucapan-kepada-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046811 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list