CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6895|Reply: 0

Lookman anggap hatrik di final hanya satu permulaan

[Copy link]
Post time 23-5-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode

LOOKMAN dan keluarganya bergambar bersama trofi Liga Europa dan bola yang digunakan di final. FOTO AFP

Dublin: Wira hatrik yang memastikan Atalanta menjulang trofi Liga Europa, Ademola Lookman mengakui terpaksa menunggu detik kejayaan selepas beberapa tahun bergelut di beberapa kelab, tetapi menyatakan kemenangan ke atas Bayer Leverkusen, awal pagi tadi, hanya satu permulaan.

Penyerang Nigeria itu menjadi pemain pertama mencipta hatrik di final Liga Europa yang berkesudahan 3-0 itu, sekali gus memberikan kelab Bergamo itu trofi utama pertama dalam tempoh 61 tahun dan menamatkan rekod 51 perlawanan tanpa kalah dilakar juara Jerman itu.

"Mungkin ia sepatutnya hadir lebih awal, tetapi ia berlaku hari ini," kata Lookman, 26, yang bermain di England bersama Everton, Fulham dan Leicester City serta di Jerman bersama RB Leipzig sebelum menyertai Atalanta, dua tahun lalu.

"Ini hanya satu permulaan. Saya berharap lebih banyak malam indah seperti ini dan terus semakin baik," katanya pada sidang media.


Lookman yang mewakili England di peringkat remaja memberi kredit kepada staf kejurulatihan Atalanta dan kepimpinan pengurus, Gian Piero Gasperini mengenai perubahan dalam kariernya.

Sejak tiba di kelab itu, dia menjaringkan 30 gol dalam 76 perlawanan.

Dia menyatakan keyakinan Gasperini terhadap bola sepak menyerang amat membantu dia mencapai prestasi terbaik dan menyinar.

"Perbualan pertama saya dengannya membuatkan saya memandang bola sepak dari sudut berbeza. Ia membuatkan semua perkara menjadi mudah.

"Ia memberikan saya ruang bermain permainan sendiri dengan pelbagai gaya. Saya sangat berterima kasih kepadanya," katanya.

Ditanya sama ada di pernah membayangkan malam indah seperti itu dalam mimpinya sejak bermula sebagai pemain remaja di Charlton Athletic, Lookman berkata: "Ya, mungkin."

"Saya sentiasa yakin dengan kemampuan untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol bagi membantu rakan sepasukan. Sejak dua tahun lalu, saya mampu meningkatkan gaya permainan ke tahap baharu sepenuhnya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anya-satu-permulaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056982 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list