CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3216|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nyamuk aedes berlambak di tapak projek

[Copy link]
Post time 23-5-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode

Norazman bersama Ahmad Maslan ketika meninjau kawasan pembiakan nyamuk Aedes di sebuah tapak pembinaan di Taman Naga Emas, Salak Selatan hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 tapak pembinaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya didapati menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes ketika ini.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Ketua Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P), Dr. Norazman Mohd. Rosli.

Penemuan tersebut hasil daripada 137 pemeriksaan yang telah dilakukan pihaknya sejak awal tahun sehingga 4 Mei lalu dan lebih membimbangkan katanya, kebanyakan tapak pembinaan tersebut berdekatan dengan perumahan penduduk.

“Daripada jumlah pemeriksaan (137), secara puratanya daripada 10 tapak pembinaan yang kita periksa enam daripadanya positif (menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes).

“Kita bimbang kerana Kuala Lumpur mempunyai banyak tapak pembinaan dan rata-ratanya adalah bersebelahan dengan kawasan perumahan. Kita juga ada terima banyak kes wabak denggi yang bersebelahan dengan tapak pembinaan,”katanya.

Beliau berkata ketika ditemui Kosmo! semasa Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB) di sebuah tapak pembinaan di Taman Naga Emas, Salak Selatan di sini hari ini yang turut disertai Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mengulas lanjut, Norazman berkata, pada operasi di tapak pembinaan tersebut, pihaknya mengesan lapan kawasan pembiakan nyamuk aedes iaitu enam dalam bangunan dan dua di luar bangunan.

Susulan itu katanya, JKWPKL&P telah mengenakan notis sebanyak RM4,000 dan tapak pembinaan tersebut akan ditutup selama 14 hari bagi kerja-kerja pembasmian kawasan nyamuk aedes. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ak-di-tapak-projek/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056438 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list