CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7456|Reply: 0

[Melaka] Warga emas dituduh cabul cucu saudara di hotel

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

MELAKA: Lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, terhadap pertuduhan mencabul kehormatan cucu saudaranya di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana pada tahun lalu.

Tertuduh berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun dengan niat mencabul kehormatannya semasa berada di bilik sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, Seksyen 2, Melaka Tengah, pada 28 Januari 2023, kira-kira jam 8 malam.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan paling minimum atas alasan dia seorang pesara.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula dan lantikan peguam.
https://www.bharian.com.my/berit ... cu-saudara-di-hotel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.304693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list